suria

Pencemaran bau di Sungai Selangor, empat loji rawatan air dihenti tugas

Loji Rawatan Air Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada tengah hari Selasa, susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor. Gambar hiasan

LOJI Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1,2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari Selasa, susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya, sebentar tadi.

"Dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1,2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

"Bau telah dikesan sekitar 8 Ton di LRA Rantau Panjang, setakat jam 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 Ton," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

LUAS, pencemaran bau, Sungai Selangor

Artikel Lain