suria

Dewan Rakyat kecoh! Ahli Parlimen Kepong dihalau keluar, digantung 5 hari selepas sifatkan keputusan Azalina 'bodoh'

Pertikaman lidah berlaku hingga akhirnya Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan ahli Parlimen Kepong keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama lima hari. Foto: The Star

SIDANG Dewan Rakyat pada Khamis kecoh, selepas ahli Parlimen pembangkang 'bertikam lidah' dengan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun.

Kekecohan bermula tepat sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan mengenai Belanjawan 2021.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membangkitkan isu mengenai dakwaan ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat kecoh... Tak turun padang ke Sabah, MP Bintulu dakwa Dr Noor Hisham takut mati - “Jangan hantar doktor, jururawat saja”

Tze Tzin berkata ia harus dibahas di Dewan, kerana telah bertentangan dengan Perintah Tetap 36 (9).

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut berdiri untuk menyokong Tze Tzin, dan mengatakan bahawa King Sing harus meminta maaf di atas dakwaannya terhadap Dr Noor Hisham.

Guan Eng menambah bahawa keputusan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai perkara itu pada Rabu, harus dikaji semula.

Azalina ketika itu memberi dua pilihan kepada King Sing sama ada memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengenai Ketua Pengarah Kesihatan itu, atau memberikan penjelasan dengan meneruskan perbahasan.

Sebagai tindak balas, Azhar mengatakan keputusan Azalina adalah muktamad menurut Peraturan Tetap 43, di mana pada ketika itu ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berdiri untuk memprotes.

"Tetapi itu adalah' ruling' bodoh! Speaker tidak boleh bersekongkol dengan Bintulu," teriaknya.

Azhar turut berulang kali memberi amaran akan menghubungi pihak polis apabila kekecohan tercetus namun Lip Eng bertegas enggan menarik balik komen tersebut.

Azhar kemudian mengarahkan Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat dan melarang beliau menghadiri persidangan selama lima hari. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan