AHLI Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada Isnin petang. Hasbullah yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd meninggal dunia di Hospital Raub pada pukul 7 petang tadi. Berusia 63 tahun, punca kematian masih belum diketahui. Untuk rekod, Hasbullah memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi, mengalahkan calon PAS, Mohd Dahalan Ismail dan Ibrahim Mohd Hanafiah (PKR) menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!