HAMPIR setahun tidak pulang ke Semenanjung, nasib guru-guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak turut menjadi persoalan khususnya menjelang cuti sekolah pada Disember ini. Malah, hal itu turut dibangkitkan kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Isnin. Menurut Ismail Sabri golongan itu boleh membuat permohonan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika bercadang untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah tidak lama lagi. "Rentas negeri ni ada pengecualiannya. Yang pertama, kita benarkan atas kebenaran polis. Harap guru-guru ini jumpa pihak polis. "Kalau yang berkeluarga, rentas negeri untuk pasangan jarak jauh (PJJ) turut dibenarkan. PJJ lagi mudah. "Yang penting jumpa polis," ujarnya.Belia berkata demikian ketika ditanya sama ada guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak akan mendapat pelepasan untuk pulang ke kampung masing-masing dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan disebabkan sudah berada di sana sejak awal tahun. Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata dia juga akan mengemukakan cadangan berkenaan agar ia dibincangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dengan PDRM. "Saya akan cadangkan kepada Kementerian Pendidikan, mungkin mereka boleh bincang dengan polis," ujarnya ringkas. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!