suria

25 anggota penguat kuasa Imigresen ditahan SPRM

Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangkapan itu adalah hasil kerjasama antara jabatan itu dan SPRM. fotoBERNAMA.

JABATAN Imigresen mengesahkan tangkapan ke atas 25 anggota penguat kuasa mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan penggunaan cap sempadan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangkapan itu adalah hasil kerjasama antara jabatan itu dan SPRM, terutama dalam berkongsi maklumat yang diperolehi berikutan aduan orang ramai.

"Jabatan tidak akan berkompromi dengan kakitangan yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi.

"Mereka yang terlibat mesti bersedia menghadapi tindakan undang-undang dan menghadapi hukuman penjara atau dipecat, jika mereka didapati bersalah, ” katanya pada Selasa.

Jelas Khairul, penangkapan itu tidak akan mempengaruhi operasi harian Imigresen dan perkhidmatannya kepada orang ramai.

"Kami akan terus memberikan kerjasama kami kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan kes tersebut," katanya.

Pada Selasa, SPRM telah membawa 44 individu, termasuk 25 pegawai Imigresen, ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan.

Reman itu dibuat di Mahkamah Majistret di Putrajaya, Johor Baru, Shah Alam, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pada 16 November, SPRM menahan 46 individu dalam operasi khas.

Dikatakan bahawa sindiket, yang merangkumi kakitangan Imigresen, akan menandatangani dokumen perjalanan pekerja asing atau pendatang tanpa izin yang tidak melakukan perjalanan melalui pusat pemeriksaan Imigresen. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain