suria

Salam takziah... Ketua Pengarang Sinar Harian Baharom Mahusin meninggal dunia

Allahyarham Baharom Mahusin menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

BERITA dukacita buat dunia kewartawanan negara apabila Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia pada usia 54 tahun, pagi Selasa.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Hari ini Sinar Harian terpaksa merelakan satu lagi kepergian.

"Semoga Allahyarham Datuk Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana.

"Sesungguhnya saya menjadi saksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga Allah SWT memberi tempat terbaik buat beliau," katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Menurut Hussamuddin menerusi ciapan beliau, jenazah dibawa untuk disembahyangkan di Masjid Bilal Bin Rabbah di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudthul Sakinah di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham Baharom dilahirkan pada 3 Oktober 1966 - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain