suria

Tony Fernandes jual rumah bernilai RM13.5 juta di Scotland

Tony yang juga pengerusi Queens Park Rangers pernah bermastautin di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.. REUTERS/Lim Huey Teng.

PENJUALAN hartanah milik Tony Fernandes dipercayai untuk menyelamatkan empayar perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Begitulah kisahnya mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu yang menjual hartanahnya di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).

Memetik laporan Berita Harian, hartanah itu menempatkan rumah agamnya di kawasan seluas 50.6 hektar.

Tony, 56, yang juga pengerusi Queens Park Rangers pernah bermastautin di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.

Hartanah lima bilik itu dilengkapi bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Tony memiliki QPR untuk dua tempoh berbeza dalam saingan Liga Perdana Inggeris.- Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain