KERAJAAN bersetuju untuk membenarkan perjalanan gelembung kawasan hijau atau Green Bubble Travel, mulai 22 November (Ahad). Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Petahanan, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob, keputusan tersebut dilakukan selepas mendengar cadangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) bagi merancakkan semula aktiviti di bawah sektor pelancongan domestik. Namun menurut Ismai, kebenaran tersebut tertakluk kepada empat kategori. ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh PKPB boleh dipendekkan jika lengkung jangkitan berjaya diratakan lebih awal - “Selagi ada pergerakan, akan berlaku pendedahan...” "Pertama, pergerakan rentas daerah dalam negeri hijau. Pergerakan ini adalah dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran pihak PDRM. "Kedua, pergerakan rentas negeri antara negeri hijau. Pergerakan ini adalah dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran pihak PDRM. "Ketiga, pergerakan rentas negeri antara negeri hijau melalui negeri merah. Pergerakan ini adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM. "Keempat, pergerakan rentas daerah atau negeri dari negeri hijau ke daerah hijau di negeri merah. Pergerakan ini adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM," kata Ismail Sabri ketika sidang media pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Ismail berkata tidak timbul isu penipuan kerana setiap orang yang perlu merentasi kawasan sebagaimana dalam kategori yang berkenaan, perlu mengemukakan surat kebenaran polis, khususnya jika dari kawasan merah.Rakyat juga perlu menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi menentukan seseoarang itu datang dari zon hijau. Beliau juga berkata, kerajaan setakat ini belum memutuskan untuk mewajibkan ujian calitan (swab test) ke atas setiap orang yang melakukan perjalanan merentasi zon merah ke zon hijau. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!