KEMETERIAN Kewangan Malaysia mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter bermula tengah malam ini. Harga diesel pula naik tujuh sen seliter. Menurut kemeneterian itu dalam satu kenyataan pada Jumaat petang, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.64, RON97 (RM1.94) dan diesel (RM1.81). Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!