suria

Bukan terhempas, pesawat ringan mendarat cemas di lebuh raya

Kejadian berlaku di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada pagi ini.

PADA 8 November lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan nahas helikopter dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pada Ahad, satu lagi kejadian melibatkan pesawat ringan yang mendarat cemas berlaku di Kulai, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas dekat Taman Melawati

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian yang berlaku di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada pagi ini.

Katanya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

"Pesawat ringan itu bukan terhempas, tetapi mendarat cemas.

"Setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami," katanya.

Difahamkan, pesawat ringan yang dipandu juruterbang Singapura itu berlepas dari Johor untuk ke Melaka dan melakukan pendaratan cemas akibat masalah enjin.

Kedua-dua juruterbang dilaporkan selamat. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain