suria

Addy Kanna, Alvon Goh ditahan di bawah Poca selama 2 tahun

Goh dan Addy ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing pada 2 Oktober dan 3 Oktober .

SUSPEK utama penjudian dalam talian telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) selama dua tahun.

Goh Leong Yeong, juga dikenali sebagai Alvin Goh, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam di Johor sementara Addy Kanna ditahan di Penjara Pokok Sena di Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Addy Kanna dalang Macau Scam, kini ditahan reman 21 hari - Bukit Aman

Penahanan di bawah Poca diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat lalu.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan itu dan menambah bahawa kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Goh dan Addy ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing pada 2 Oktober dan 3 Oktober kerana disyaki terlibat dalam penipuan Macau, perjudian dalam talian secara haram dan bekerja dengan sindiket penipuan asing.

Kedua-dua lelaki itu kemudian dibebaskan.

Addy ditangkap polis tetapi Goh melarikan diri dari ibu pejabat SPRM pada 11 Oktober.

Goh kemudiannya ditangkap pada 27 Oktober. - The Star.

Artikel Lain