DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh pada Selasa (esok). Presiden Umno itu dijadualkan menghadap Sultan Nazrin pada pukul 10 pagi, demikian lapor Bernama yang memetik sumber. Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembahkan cadangan nama calon Menteri Besar negeri itu daripada Umno. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal Azumu letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak Pada Sabtu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak. Adun Chenderingan itu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat Dun Perak dalam undian percaya pada Jumaat. Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid. Usul undi percaya itu dibawa oleh Adun Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!