suria

Covid-19: 1,600 kes baharu direkodkan, Negeri Sembilan melonjak catat jangkitan tertinggi

Malaysia merekodkan 1,600 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,600 kes baharu, menjadikan keseluruhan 74,294 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,604 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut beliau, daripada 1,600 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor rekodkan jangkitan tertinggi... Malaysia catat 1,335 kes, 2 lagi kematian

Mengikut data setakat ini, Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada Isnin iaitu sebanyak 541 kes, diikuti oleh Selangor (426 kes) dan Sabah (248 kes).

"Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes daripada jumlah keseluruhan kes di negeri tersebut. Kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara," kata Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan pada petang Isnin.

Menurutnya, terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 384 kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,033 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 62,306 kes.

"Sehingga kini, terdapat 129 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster baharu dikesan pada Isnin iaitu Kluster Malawati (Kuala Selangor) dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah (Lembah Pantai dan Titiwangsa, KL).

Ringkasan kes kematian pada Isnin:

Covid-19, KKM, Negeri Sembilan

Artikel Lain