suria

Malang nasib kanak-kanak pesakit Covid-19, kepala tersangkut di katil

Bomba menggunakan peralatan 'tescue tool' untuk memotong besi katil sebelum mengeluarkan kepala mangsa.

MALANG tidak berbau, kepala seorang kanak-kanak yang merupakan pesakit Covid-19 tersangkut dan tersepit pada besi katil di hospital.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan di Hospital Tumpat di Tumpat, Kelantan, Sabtu malam.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.25 malam itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan I Marzuki Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.27 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, kita dapati kepala seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan pesakit Covid-19 tersangkut dan tersepit di besi katil hospital," katanya.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan 'rescue tool' untuk memotong besi katil sebelum mengeluarkan kepala mangsa.

Katanya, operasi tersebut turut dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain