PENGUNJUNG di sebuah kompleks beli-belah di Putrajaya, pada Ahad digemparkan dengan kehadiran seekor babi hutan yang memasuki sebuah premis menjual peralatan sukan. Tular satu klip video menunjukkan haiwan liar itu berkeliaran di kedai berkenaan. Babi hutan tersebut dipercayai tersesat masuk ke dalam premis tersebut, dan dilihat berlegar-legar di rak kelengkapan sukan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi berkata, pengurusan pusat beli-belah itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangani keadaan itu. "Haiwan tersebut dilepaskan dan menuju ke kawasan Presint 16," tambahnya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada kira-kira 12.38 tengah hari. Beliau berkata, lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. "Anggota bomba berjaya menghalau haiwan liar itu keluar dan kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi. - The Star View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!