suria

Wanita, dua anak lalui detik cemas selepas dikurung suami bersenjatakan parang

Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak menakutkan dan mengurung dirinya bersama-sama isteri serta dua anak dalam bilik tingkat atas kediaman mereka. Gambar hiasan

SEORANG isteri melalui detik cemas apabila suaminya bertindak menakutkannya dan mengurung dirinya bersama-sama dua anak dalam bilik tingkat atas kediaman mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, dalam kejadian lewat petang Sabtu di Jalan Pokok Sena, Kepala Batas, suspek menyuruh isterinya dan dua anak masing-masing empat dan 12 tahun masuk ke bilik berkenaan sambil memegang parang berukuran 54 sentimeter.

Suspek yang berusia 46 tahun juga tidak membenarkan mereka keluar dari bilik itu dan bertindak mengunci pintu sebelum membuka radio, katanya, lapor Berita Harian.

"Dia kemudian membenarkan isteri dan anak sulungnya keluar ke tandas selepas dipujuk tetapi bertindak mengekori mereka.

"Isteri dan anaknya bagaimanapun dapat melarikan diri dan meminta pertolongan bapa saudara yang tinggal di rumah bersebelahan," katanya.

Tambah Noorzainy, hasil temu bual, isterinya memamklumkan bahawa ia kejadian pertama sepanjang 18 tahun perkahwinan mereka.

"Isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu tadika memberitahu suaminya tidak mengugut atau mencederakan sesiapa. Namun tindakan suspek mengeluarkan parang membuatkan dia takut dan bimbang jika suaminya bertindak di luar kawalan," katanya.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

parang, kurung, pengaruh dadah

Artikel Lain