BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengadakan sidang media pada Isnin petang. Ia dijangka berlangsung di Yayasan Al-Bukhary sekitar pukul 4 petang. Sidang media bersama itu memperkuatkan lagi dakwaan bahawa dua tokoh politik itu akan melakukan kerjasama selepas sekian lama berseteru. Dr Mahathir juga didakwa sudah berjumpa Ku Li untuk rundingan pada 29 Oktober lalu. Malah sejak pembentukan Perikatan, dua tokoh politik senior itu dilihat berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!