suria

Salute buat hero tak didendang! Ayuh calonkan insan layak dinobat wira, klik #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes... ada kejutan menanti

Sime Darby Property Berhad tampil dengan kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes bagi memberi penghargaan kepada insan yang diangkat sebagai wira.

"HANCUR badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua"

Pasti rata-rata daripada kita cukup familiar dengan dua rangkap terakhir pantun Melayu ini.

Sekecil mana pertolongan yang dihulur, namun ia tetap akan diingati sampai bila-bila.

Tahun ini, ketika negara diselubungi pandemik Covid-19, kita dapat menyaksikan betapa besarnya pengorbanan petugas barisan hadapan yang berkhidmat siang dan malam mengekang penularan wabak bagi memastikan keselamatan rakyat.

Kisah pengorbanan wira-wira ini menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk turut sama menabur bakti dan mengambil peranan sebagai anggota masyarakat berjiwa prihatin yang bergelar hero tak didendang ini.

Bagi memberi penghormatan dan menghargai insan istimewa ini, pemaju hartanah terkemuka, Sime Darby Property Berhad tampil dengan kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Gerard Yuen berkata, #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes akan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi wira-wira di Malaysia melalui platform digital karya bersama (co-creation), dtoIDEAS.

"Kami percaya wira di antara kita datang dari pelbagai golongan sama ada dari kalangan ahli keluarga, rakan sekerja atau kenalan. Mereka ini semua wira kita yang tidak teragak-agak menghulurkan pertolongan ketika diperlukan.

"Sehubungan itu, kami ingin meraikan para wira ini yang sedia berkorban dan berusaha sedaya upaya demi kesejahteraan orang lain dan memberi inspirasi kepada kita semua.

"Oleh itu kami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk kongsikan kisah wira anda.

"Ceritakan mengenai wira anda kepada kami dan mereka berpeluang merasai pengalaman 'A Night to Remember' bersama kami kelak," ujarnya.

Tambah Yuen, kempen #BERSAMA 2.0 Spotlight on Heroes tercetus susulan kejayaan Spotlight 8 Tahun 2020, sebuah kempen penjualan dalam talian (online) selama 13 minggu yang berjaya meraih jualan bernilai RM1.5 bilion berbanding RM1.1 bilion pada 2019.

Menurut Yuen, siri kempen #BERSAMA dimulakan dengan #BERSAMA Let’s Say Terima Kasih pada April lalu iaitu ketika penularan wabak Covid-19 berada di kemuncak pertama, di mana rakyat Malaysia di seluruh negara menyampaikan ucapan penghargaan mereka kepada para barisan hadapan (frontliners).

Lebih daripada 800 mesej ucapan terima kasih, nota tulisan tangan dan gambar diterima dalam tempoh dua minggu, dengan kebanyakan karya itu kini menghiasi dinding Hospital Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi semangat kakitangan perubatan.



Pengarah Urusan Sime Darby Property Group, Datuk Azmir Merican mengajak masyarakat untuk mencalonkan insan yang layak diangkat sebagai wira menerusi kisah inspirasi mereka.

Dek kerana sambutan luar biasa yang diterima, kempen ini diteruskan pula dengan #BERSAMA Beraya Di Rumah pada Mei - perayaan secara maya yang dipenuhi dengan aktiviti bertemakan sambutan Hari Raya untuk berkongsi keceriaan di kala perayaan norma baharu.

Menerusi siri kempen berkenaan, rakyat Malaysia berkongsi resipi kegemaran mereka melalui #iftarBERSAMA, membuat kad ucapan Raya dengan #kadrayaBERSAMA, memamerkan gaya fesyen mereka dalam cabaran #ootdrayaBERSAMA dan mengambil bahagian dalam sesi#karaokeBERSAMA.

Ketika ditanya mengenai apa yang menanti hero bertuah, Yuen berkata: "Ia satu kejutan, sesuatu yang sangat istimewa untuk wira kita. Apa yang boleh saya katakan hero ini nanti akan diraikan di Kuala Lumpur Golf and Country Club Resort (KLGCC).

"KLGCC merupakan kelab golf yang berprestij di Malaysia dan kami ingin meraikan para hero kita untuk menikmati pengalaman di KLGCC. Kami akan bekerjasama dengan Auto Bavaria untuk menjemput pemenang dari rumah mereka dengan menaiki BMW dan membawa mereka penuh bergaya ke KLGCC Resort untuk malam yang luar biasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property Group, Datuk Azmir Merican berkata, kempen tersebut adalah penghargaan mereka terhadap insan yang telah menyentuh hati orang ramai dengan menyebarkan perkara positif.

"Bagi kami, ini adalah wira yang memberi kita harapan; dan harapan melahirkan harapan. Akhirnya, hasrat kami agar kisah-kisah ini dapat memberi inspirasi kepada semua orang yang membacanya dan seterusnya memberi semangat yang positif untuk kita semua melangkah ke tahun yang baru.

"Saya harap semua orang akan bersama-sama kami dalam usaha ini untuk membawa sedikit sebanyak perbezaan agar kita semua kekal kental dan selamat dalam mengharungi cabaran-cabaran akan datang," kata Azmir.

Kempen #BERSAMA 2.0: Spotlight on Heroes akan meraikan 18 wira yang layak di majlis penuh meriah pada Januari 2021.

Orang ramai kini boleh mencalonkan wira mereka sehingga 31 Disember ini.

Hanya lawati dtoideas.com dan klik pada #BERSAMA2.0: Spotlight on Heroes, kemudian klik 'hantar' untuk mencalonkan wira anda dan kisah isnpirasi mereka akan disiarkan di halaman depan.

Ayuh, calonkan insan yang bagi anda layak untuk diangkat sebagai wira!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/BERSAMA2_Wira

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain