suria

Tun M akui tak kisah jadi PM lagi jika dapat sokongan

Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media pada Isnin petang. (AP Photo/Vincent Thian, File)

TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak kisah untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan yang mencukupi.

Dr Mahathir berkata demikian menerusi sidang media bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M, Ku Li adakan sidang media bersama petang ini

"Anda boleh gelarkannya kerajaan perpaduan jika mahu. Jika saya ada undi yang mencukupi, saya tak kisah untuk menjadi perdana menteri," ujar Dr Mahathir.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir dan Ku Li berkata mereka bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan sekiranya Belanjawan 2021 gagal diluluskan menerusi pengundian pusingan ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Tengku Razaleigh Hamzah (kanan).

Tambahnya lagi, dia bagaimanapun tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan langsung tidak berhubung dengannya.

Malah, mereka berdua juga mendedahkan tidak bekerjasam dengan mana-mana pemimpin Umno mahupun Pakatan Harapan yang sedang dibicarakan di mahkamah termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka boleh mengundi untuk menolak Belanjawan 2021 tetapi mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu," ujarnya lagi. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain