DATUK Seri Nazri Aziz berkata semua ahli 'backbenchers' Umno kecuali Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan sokongan untuk Belanjawan 2021. Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, terdapat keperluan untuk meluluskan bajet itu kerana kerajaan memerlukan duit untuk rakyat, penjawat awam dan usaha mengekang Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Tun M akui tak kisah jadi PM lagi jika dapat sokongan Undian Belanjawan 2021 akan dibentangkan untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa. "Yakinlah. Kita akan undi agar belanjawan itu diluluskan. Kami tidak dapat menahannya kerana ia akan mempengaruhi pembiayaan dalam memerangi Covid-19. "Ini adalah komitmen oleh kami tanpa mengira parti. Ini bukan soal menyokong perdana menteri sekarang. "Kita mesti melupakan gabungan parti. Kami hanya menyokong belanjawan tanpa niat lain," ujarnya. Nazri berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah pada Isnin yang menyarankan agar belanjawan itu ditolak. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!