suria

Mayat separuh badan ditemui, mangsa dipercayai dibaham buaya

Mayat separuh badan ditemui di sebatang sungai di selatan Sarawak.

CEBISAN mayat ditemui di sebatang sungai di Samarahan, Sarawak, pada pagi Rabu.

Mayat separuh badan itu dipercayai dibaham seekor buaya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Razid Hamran, 27, dari Kampung Meranek.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarga pada 14 Disember ketika menangkap siput di Sg Meranek di selatan negeri itu.

Berdasarkan operasi yang dijalankan oleh JBPM Sarawak dan agensi lain, mayat separuh badan itu ditemui terapung pada pukul 11.35 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Tambah jabatan itu, mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain