MALAYSIA akan memastikan pesanan vaksinnya daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer akan dapat mengatasi varian virus Covid-19 yang menular di United Kingdom (UK), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. "Pfizer kini memantau keberkesanan vaksinnya terhadap mutasi virus baharu itu. "Jika tidak begitu efektif, syarikat itu memaklumkan bahawa ia memerlukan kira-kira enam minggu untuk mengubah vaksin. "Kita akan mendapatkan vaksin (diubah itu. Saya akan menegaskan perkara ini. "Kita belum bercakap dengan mereka, tetapi saya akan membincangkannya dengan Pfizer untuk memastikan apa sahaja pesanan yang telah dibuat oleh Malaysia, kita akan mendapatkan vaksin yang dapat mengatasi varian baharu yang menular itu," katanya pada Rabu. Malaysia.akan mendapat bekalan 12.8 juta dos vaksin daripada Pfizer yang dapat merangkumi 6.4 juta orang Sejak beberapa hari kebelakangan ini, UK mengenal pasti varian virus Covid-19 yang baharu, berpotensi menular lebih mudah sehingga dikaitkan dengan peningkatan kes di negara itu, baru-baru ini. Pada masa ini, ia dilabel sebagai VUI-202012/01 (Virus Dalam Penyiasatan pada Disember 2020), varian ini pertama kali dikesan di UK pada September. Walaupun saintis mencari lebih banyak maklumat mengenai varian tersebut, kesannya sudah dirasai. Selepas berita mengenai strain Covid-19 yang baharu ditemui di UK, beberapa negara di Eropah, termasuk Belanda dan Itali, serta India, melarang penerbangan penumpang dari negara itu. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!