suria

PNB umum dividen ASB 4.25 sen, agihan ehsan 0.75 sen

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan berjumlah 4.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

PNB turut mengumumkan bayaran ehsan sebanyak 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz secara maya hari ini yang turut disertai Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Agihan pembayaran dividen tahun ini adalah yang terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.

Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 seunit dan bonus pada kadar 0.50 sen.

Pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit diumumkan, manakala pada 2017 pula dividen sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit termasuk tambahan 1.00 sen seunit bagi bonus khas ulang tahun PNB.

Pada 2016 pula, PNB mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit manakala, pada 2015 (dividen 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit). - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain