suria

Perhimpunan dilarang sempena sambutan Tahun Baharu 2021 - Ismail Sabri

Sambutan Tahun Baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan. -gambar hiasan

SAMBUTAN Tahun Baharu 2021 yang diadakan secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, demikian tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, ini kerana acara atau aktiviti secara perhimpunan masih lagi dilarang sebagaimana yang ditetapkan kerajaan berikutan penjarakkan sosial sukar dikawal.

"Sambutan itu ada dalam pelbagai cara... kalau secara persendirian, dengan keluarga di rumah itu memang kita tidak larang.

"Tapi sambutan secara perhimpunan memang kita tidak benarkan.

"Kalau dulu ada sambutan (tahun baharu) di KLCC misalnya yang diadakan secara besar-besaran. Tapi perkara itu memang tidak dibenarkan kerana ia melibatkan perhimpunan di mana penjarakkan sosial tidak dapat dikawal," katanya pada sidang media, petang Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain