suria

Kempen kutip dana capai sasaran, Syed Saddiq kotakan janji... akhirnya botak kepala demi orang Muar!

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mengotakan janji untuk membotakkan kepala selepas kutipan dana kempennya mencapai sasaran.

SEBAGAIMANA yang dijanjikan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membotakkan kepalanya selepas berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM200,000 bagi menjayakan kempen '1 Keluarga, 1 Laptop' di daerah tersebut.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi 'penghormatan' untuk mencukur rambut beliau yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, sebentar tadi.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000.

Dana tersebut akan digunakan bagi membeli komputer riba untuk pelajar yang kurang bernasib baik di parlimennya.

Syed Saddiq juga sempat berseloroh dengan mengatakan selepas ini orang ramai tidak akan memanggilnya sebagai 'Yang Berhormat' tetapi sebagai 'yang botak botak'.

Syed Saddiq mengumumkan kempen untuk mengumpulkan RM200,000 dalam masa lima hari, pada 26 Disember lalu.

Penyerahan komputer riba kepada pelajar yang kurang bernasib baik akan diadakan di Dewan Serbaguna Hajah Hasnah di Muar pada Khamis. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain