suria

Elak risiko jangkitan Covid-19, pakar kesihatan mohon orang ramai tak keluar sambut Tahun Baharu 2021

Suasana sambutan Tahun Baharu kali ini pastinya cukup berbeza dek pandemik Covid-19 yang melanda. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

TAHUN Baharu 2021 nampaknya bakal membuka tirai dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang.

Malah, sambutan Tahun Baharu juga bagaikan satu kemestian buat kita semua, disusuli tembakan bunga api yang menghiasa langit malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan dilarang sempena sambutan Tahun Baharu 2021 - Ismail Sabri

Namun tahun ini, suasana sambutannya pasti cukup berbeza dek pandemik Covid-19 yang melanda.

Menurut Prof Madya Dr Malina Osman dari Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, tidak sesuai jika sambutan itu diteruskan pada tahun ini.

"Kes aktif terkini melebihi 21,000 dan kes harian hampir 2,000. Kita tak patut dedahkan diri kepada risiko jangkitan," ujarnya.

Malah katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilonggarkan demi ekonomi negara, bukan untuk rakyat berkumpul beramai-ramai.

Belia turut menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan vaskin masih belum tersedia di negara ini.

Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan sambutan Tahun Baharu 2021 yang diadakan secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Ia kerana acara atau aktiviti secara perhimpunan masih lagi dilarang sebagaimana yang ditetapkan kerajaan berikutan penjarakkan sosial sukar dikawal.- The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain