DENGAN pelbagai cabaran yang telah dilalui pada 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa ada sinar yang lebih cerah menanti buat seluruh rakyat Malaysia untuk tahun 2021. Beliau berkata, ia berdasarkan unjuran Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tempoh masa selama empat hingga lima tahun diperlukan dalam usaha dunia mengawal Covid-19 dengan efektif. Menurutnya, dari segi ekonomi, IMF World Economic Outlook 2021 pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021 adalah sekitar 5.4 peratus. "Sementara, Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus. "Apa yang pasti, unjuran optimistik ini menunjukkan bahawa ada sinar yang lebih cerah menanti kita semua pada tahun 2021," katanya ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis. Tambah Muhyiddin, dengan unjuran-unjuran positif ini, kerajaan akan menggembleng usaha untuk memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin. - SINAR HARIAN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!