ISU mengenai jalan berlubang menjadi perhatian ramai semenjak-dua menjak ini. Terbaharu, seorang lelaki maut apabila motosikal dinaikinya terjatuh kerana jalan berlubang. Kejadian berlaku di Jalan Tengah, menuju ke pusat beli-belah Mid Valley pada 7.30 pagi, Ahad. "Siasatan awal menunjukkan penunggang motosikal itu melanggar sebuah lubang di atas jalan, menyebabkan mangsa jatuh ke tanah," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya dalam satu kenyataan. Tambahnya, mangsa yang hilang kawalan sebelum terjatuh ke atas jalan maut di tempat kejadian. Mangsa dikenalpasti sebagai Ho Yan Yee yang berusia 75 tahun. - The Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!