suria

Spekulasi PKP: Nantikan pengumuman khas PM pada Isnin

Ismail Sabri ketika menyampaikan sidang media pada petang Jumaat.

KERAJAAN sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu segera diambil untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19 yang semakin mencatatkan peningkatan saban hari, tambahan pula ketika beberapa negeri sedang dilanda banjir teruk.

Menerusi satu sidang media pada petang Jumaat, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memaklumkan, satu pengumuman khas akan dibuat oleh Perdana Menteri pada Isnin ini berhubung situasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 makin mengganas, Malaysia catat 3,027 kes terbaharu... 8 lagi kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri, daerah dibenarkan bermula 7 Disember kecuali kawasan PKPD - Ismail Sabri

"InsyaAllah satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanan. Sementara itu saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

"Pencegahan utama dengan diri sendiri, lakukan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, memakai sanitizer, memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam yang sesak dan menjaga jarak sosial dan elakkan bersentuhan," katanya.

Kes Covid-19 mencatatkan peningkatan ketara sejak sebulan yang lalu, di mana ia merekodkan empat digit kes saban hari.

Untuk rekod, negara merekodkan jumlah harian tertinggi pada Khamis (semalam) dengan 3,027 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 128,465 kes setakat ini.

Peningkatan ketara tersebut dikaitkan dengan keputusan kerajaan memberi kelonggaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara mulai 7 Disember lalu.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes harian Covid-19 boleh mencecah 8,000 sehari pada bulan Mac jika kadar jangkitan yang dikenali sebagai R-naught (R0) - kekal pada 1.2.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain