suria

Nahas Sriwijaya Air: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Gambar fail pesawat Sriwijaya Air. Foto: AFP

TIADA warga Malaysia yang menaiki pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia pada Sabtu, lapor Bernama.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan dimaklumkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sriwijaya Air terhempas dalam laut, serpihan kapal terbang dan anggota badan manusia ditemui

Dilaporkan, pesawat komersial itu membawa 62 penumpang termasuk anak kapal.

Pesawat tersebut terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, ketika melalui perairan di Kepulauan Seribu.

Berdasarkan flightradar24, pesawat itu bertolak dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada pukul 2.36 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di destinasi pada jam 3.15 petang. - THE STAR

Artikel Lain