suria

Beli gajet dapat pelepasan cukai, kemudahan internet percuma diteruskan antara diumum PM selaras kehidupan norma baharu

Pemberian data 1 Gigabit secara percuma akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas pada Isnin mengumumkan beberapa insentif berkaitan capaian internet dan penggunaan alat digital, selaras dengan kehidupan norma baharu selepas wujudnya pandemik Covid-19.

Antaranya, melanjutkan tempoh capaian internet percuma dan pelepasan cukai khas bagi pembelian gajet.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran BPN 2.0 dipercepatkan, pendahuluan hingga RM1,000 untuk pemohon i-Sinar Kategori 2 - PM

"Selaras dengan keperluan norma baharu yang banyak bergantung kepada penggunaan alat digital, suka saya berkongsi bahawa pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021," ujarnya.

Selain itu, pemberian data 1 Gigabit secara percuma yang telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

Malah, pakej langganan khas juga akan diperluas kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi.

"Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021.

"Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain