suria

Noh dan keluarga jalani ujian saringan selepas menantu positif Covid-19

Noh Omar menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menantunya didapati positif virus berkenaan.

PENGERUSI Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19 susulan menantunya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Noh memaklumkan perkara berkenaan menerusi posting di laman Facebook beliau, pada Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, ujian berkenaan dilakukan mereka sekeluarga memandangkan menantunya menetap dalam kediaman yang sama.

"Assalamualaikum, tanpa diduga Hisham menantu saya positif Covid-19.

"Kami tinggal serumah, pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian saringan," katanya.

Dalam pada itu, Noh memohon semua pihak mendoakan segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

"Semoga sahabat-sahabat dapat mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan," katanya. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain