suria

Tempoh PKP di 7 negeri dilanjut sehingga 4 Februari, kedai makan boleh beroperasi hingga 10 malam - Ismail Sabri

Kerajaan melanjutkan tempoh PKP bagi tujuh negeri sehingg 4 Februari. Gambar hiasan. Foto: Bernama

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap tujuh negeri yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, dilanjutkan hingga 4 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan berkenaan dibuat susulan perkembangan semasa dan trend peningkatan kes Covid-19 di negeri-negeri terbabit.

Tujuh negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam, bermula 22 Januari.

"Kita faham ramai yang kata, sampai rumah dari tempat kerja pun dah lewat, tak sempat beli makanan. Kita juga dengan rintihan peniaga yang kata pelanggan mereka ramai selepas Isyak seperti peniaga burger, sate dan sebagainya.

"Kita dengar pandangan rakyat dan peniaga yang hadapi masalah. Setelah adakan perbincangan, saya ingin umumkan bahawa kita bersetuju untuk melanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga 10 malam mulai esok (Jumaat).

"Bagaiamanapun, dine-in atau makan di restoan masih tak dibenarkan, kekal untuk dibawa pulang. Pesanan 'food delivery' juga sehingga 10 malam," katanya lagi.

Sebelum ini keputusan kerajaan untuk menghadkan tempoh operasi kedai makan dan restoran sehingga 8 malam sepanjang tempoh PKP menimbulkan rungutan banyak pihak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain