suria

Harga petrol, diesel naik bermula tengah malam ini

Harga runcit diesel turut mengalami peningkatan sebanyak empat sen.

KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, harga runcit diesel turut mengalami peningkatan sebanyak empat sen.

"Harga runcit petrol RON97 adalah RM2.19 seliter naik kepada RM2.20 seliter manakala RM1.89 kepada RM1.90 bagi RON95.

Infografik harga mingguan produk petroleum.

"Harga baharu bagi diesel adalah RM2.09 berbanding sebelumnya, RM2.05," kata kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Harga runcit tersebut adalah bagi tempoh 23 hingga 29 Januari," katanya.

Artikel Lain