suria

Hasan Ali positif Covid-19, sedang terima rawatan di hospital

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali positif Covid-19.

BEKAS Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diuji positif wabak Covid-19 pada Rabu.

Ujarnya, dia kini sedang menerima rawatan sejurus disahkan positif menerusi ujian saringan yang dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah Zainudin pula sah positif Covid-19

"Saya kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Damansara.

"Permintaan saya kepada seluruh sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali untuk mendoakan saya supaya dikurniakan kemudahan dan kesembuhan yang segera.

“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa ahli politik turut disahkan positif wabak Covid-19.

Antaranya Ahli Parlimen Padang Renggas, Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain