SITUASI pandemik Covid-19 yang mencatatkan peningkatan kes saban hari menyebabkan kerajaan terpaksa menunda sesi persekolahan secara bersemuka bagi mengelakkan penularan virus berkenaan. Ketika ini pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Keadaan ini pastinya menimbulkan sedikit kesulitan kepada pelajar yang tidak mempunyai peralatan atau gajet bagi tujuan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! KPM umum pembukaan sekolah pada 20 Januari ditangguh Memahami keadaan tersebut, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew pada Khamis mengumumkan sumbangan berupa 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah PdPR. Ebit berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian. "Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. "Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 22,000 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang memuji pendekatan penceramah berkenaan. - SINAR HARIAN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!