suria

Malaysia mulakan kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19,62 sukarelawan terima suntikan

Ujian klinikal akan dilakukan secara berperingkat di lapan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan. FOTO: AZHAR MAHFOF/The Star.

KUMPULAN pertama sukarelawan negara untuk kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 akan menerima suntikan mereka di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu.

Ia melibatkan 62 individu pelbagai latar belakang yang menerima suntikan bermula hari ini dan hari seterusnya mengikut jadual.

ARTIKEL BERKAITAN: Adakah anda termasuk dalam 4 golongan yang tidak boleh dapatkan suntikan vaksin Covid-19?

Proses yang dilakukan dalam masa kurang lima minit adalah mudah tetapi ketua pusat itu Dr S.L. Vijaya Kumar berkata, para sukarelawan harus kembali dalam dua minggu untuk melakukan suntikan, perjumpaan susulan dalam enam minggu seterusnya dan wawancara telefon akan dilakukan dalam jangka waktu setahun.

"Semua sukarelawan berusia lebih 18 tahun, subjek sihat tanpa penyakit serius dan telah menjalani ujian kesihatan termasuk ujian Covid-19 sebelum dibenarkan untuk mengikuti percubaan.

"Sebahagian sukarelawan akan menerima vaksin secara rawak dan selebihnya akan mendapat plasebo.

"Hasil ujian fasa satu dan fasa dua selamat tanpa kesan buruk dan kajian utama kami sekarang adalah untuk kesan buruk seperti alergi atau ruam," katanya.

Dr Vijaya berkata, hospital itu adalah yang pertama di negara ini yang memulakan percubaan itu.

Ujian klinikal akan dilakukan secara berperingkat di lapan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan.

Hospital lain yang terlibat termasuklah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hopsital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Umum Sarawak. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain