suria

Tak putus berdoa, keluarga angkat harap dapat bawa pulang jenazah Amir ke Rawang - “Keputusan dibuat oleh ibu kandung, harap Allah lembutkan hatinya...”

Gambar kenangan keluarga Md Tarmidi dan Norlida Abu Hassan bersama Allahyarham Amir.

"SAYA harap Allah lembutkan hatinya (suspek)," demikian kata Md Tarmidi Yaaccob, bapa angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, kanak-kanak yang meninggal dunia pada Jumaat, dipercayai akibat didera.

Menurut Md Tarmidi, dia dan keluarganya tidak putus-putus berdoa dan masih terus berharap dapat mengebumikan jenazah anak angkat yang mesra dipanggil Amir, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Menurutnya, dia dan keluarga juga telah berjumpa dengan nenek dan bapa saudara kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada Sabtu dan isterinya merayu untuk membenarkan membawa pulang jenazah Amir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu jaga, tak payahlah ambil” - Selepas 3 bulan diserah kepada ibu kandung, Amir pergi jua... luluh hati ibu angkat dapat tahu didera punca kematian

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba masa ibu angkat tunai janji... detik hiba anak dijaga sejak bayi perlu diserah kepada mak kandung - “Tak pernah niat rebut Amir”

"Tapi mereka hanya memberitahu keputusan akan dibuat oleh ibu kandung sendiri yang masih direman polis.

"Pagi tadi kami sampai bilik mayat, Zu (ibu kandung) pun dibawa polis untuk membuat pengecaman mayat anak dan dia hanya menggelengkan kepala. Saya harap Allah lembutkan hatinya," katanya dipetik Sinar Harian.

Md Tarmidi dan keluarganya kini 'berkampung' di Melaka selepas diminta memberi keterangan kepada pihak polis susulan kes kematian kanak-kanak tersebut.

Untuk rekod, Md Tarmidi dan keluarganya yang menetap di Rawang memelihara Amir selama enam tahun sebelum menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada ibu kandungnya yang menetap di Melaka, pada Oktober lalu, selepas wanita berkenaan mahu mengambil semula anak lelakinya itu.

Kisah perpisahan keluarga Md Tarmidi dengan Amir juga pernah tular sebelum ini.

Dalam pada itu menurut Mad Tarmidi, dia dan keluarga reda jika keputusan untuk membawa balik jenazah tidak berpihak kepada mereka.

Md Tarmidi yang kelihatan sebak juga juga bersyukur dan terharu kerana ramai yang prihatin sepanjang mereka sekeluarga berada di Melaka.

"Alhamdulillah Allah permudahkan malah kami menetap di rumah inap yang pemiliknya siapa pun kami tidak kenal tetapi melayan kami dengan baik seperti adik-beradik," katanya.

Sehingga kini dilaporkan proses bedah siasat masih dijalankan ke atas mayat kanak-kanak malang tersebut dan dijangka selesai sebelum maghrib.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain