suria

Awas! Tindakan lebih tegas akan diambil jika langgar SOP bermula 4 Februari

Tindakan yang lebih tegas ke atas mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bermula 4 Februari ini. FOTO: AZMAN GHANI/The Star

KERAJAAN akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap sesiapa yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bermula 4 Februari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

"Saya ingin makklumkan bahawa mulai 4 Februari, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

"Kalau kita lihat kes semakin meningkat, walaupun kita tahu kes banyak di kilang-kilang dan tapak binaan, tapi saya harap orang ramai patuh kepada undang-undang yang diperkenalkan," katanya.

Malah, dia turut mengulangi kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai cadangan menaikkan nilai kompuan kepada sesiapa yang ingar SOP.

"Ketua Polis Negara sebut, mungkin akan tambah hukuman kompaun dan denda kalau di mahkamah.

"Kita tunggulah, saya tak boleh komen lagi. Mungkin kita akan umum kemudian.

"Mungkin Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan umum... kita tak tahu, kita tunggu lagi," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain