suria

Tular kiriman WhatsApp dakwa MRSM Sungai Besar tak patuh SOP, Mara buat laporan polis

Pihak maktab juga turut mengambil langkah penjagaan dengan setiap warden dan guru bertugas disediakan Personal Protective Equipment (PPE).

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) menafikan dakwaan bahawa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Terdahulu, tular kiriman WhatsApp mendakwa pelajar MRSM Sungai Besar tidak mendapat bekalan makanan secukupnya.

Turut didakwa, pelajar yang bergejala tinggal di asrama yang sama dengan pelajar sihat akibat tiada tempat pengasingan.

Bangunan di insitusi pengajian itu disanitasi pada 29 Januari lalu.

Susulan itu, Mara pada Isnin membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berkenaan.

Menerusi satu kenyataan pada hari sama, Mara menjelaskan pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mewujudkan task force yang beroperasi 24 jam sejak hari pertama gejala Covid-19 dikesan di institusi itu.

Sanitasi keseluruhan bangunan juga telah dilakukan oleh pihak bomba pada 29 Januari lalu.

"Mara sentiasa berhubung rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sejak wujudnya gejala dan kes kontak rapat di kalangan pelajar. Pelajar yang bergejala telah diasingkan daripada pelajar yang sihat di blok lain serta menggunakan tandas yang berlainan.

Mara buat laporan polis susulan dakwaan tular meneurusi Whatsapp.

"Pengasingan ini telah dibuat sejak 24 Januari lagi di mana pelajar-pelajar ini diasingkan mengikut kategori dan ditempatkan di aras serta blok yang berbeza termasuk penggunaan tandas yang berasingan di bawah pemantauan PKD," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Mara memaklumkan seorang pelajar yang bergejala telah ditempatkan di MAEPS, Serdang.

Malah, pihak maktab juga turut mengambil langkah penjagaan dengan setiap warden dan guru bertugas disediakan Personal Protective Equipment (PPE).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

MRSM Sungai Besar, Mara, Covid-19, SOP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain