PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,284 kes baharu, menjadikan keseluruhan 226,912 kes setakat Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 48,309 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes, diikuti Johor (964) dan Kuala Lumpur (651).
ARTIKEL BERKAITAN: 21! Angka kematian tertinggi akibat Covid-19, Malaysia rekod 3,455 kes baharu... 327 di ICU
Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat pertambahan 18 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 809 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.
Beliau berkata, sebanyak 3,804 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 177,794 kes.
"Sehingga kini, terdapat 307 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 141 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!