suria

PKP: Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar malam boleh beroperasi, tapi ada syaratnya

Kedai gunting rambut antara tiga sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP. -Gambar hiasan

KERAJAAN bersetuju membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sehingga 18 Februari.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian, pada petang Khamis.

Semua kebenaran operasi perkhidmatan tiga sektor berkenaan akan berkuatkuasa mulai hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 2.0 dilanjut hingga 18 Februari, rentas negeri masih dilarang

"Melihat kepada tiada kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, maka mesyuarat bersetuju meluluskan operasi pasar malam dari 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat.

"Bagi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi hingga pukul 10 malam. Hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan, perkhidmatan facial atau kecantikan tidak dibenarkan. Juga dengan SOP yang ketat.

"Pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi hingga pukl 10 malam," ujarnya dalam sidang media berkenaan.

Menurut Ismail Sabri lagi, keputusan tersebut turut dilakukan selepas mendengar rayuan yang dikemukakan oleh tiga sektor berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain