suria

Dah boleh pergi gim, main golf! Lebih banyak operasi, aktiviti dibenarkan mulai esok dengan SOP ketat – Ismail Sabri

Operasi gimnasium dibenarkan operasi bermula 12 Januari dengan SOP ketat. foto ART CHEN/The Star

KERAJAAN mengumumkan lebih banyak operasi perniagaan dan aktiviti yang dibenarkan bermula Jumaat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Berikut adalah operasi perniagaan dan aktiviti yang dibenarkan bermula 12 Februari:

1. Jogging, brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja.

2. Tenis, badminton, ping pong.

- Kebenaran hanya bagi acara perseorangan sahaja.

- Hanya 30 peratus individu yang dbenarkan berada di dalam premis.

- Dilarang berkongsi peralatan seperti raket dan bat.

- Memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan pada setiap masa

3. Aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan secara perseorangan.

4. Permotoran (dua roda dan empat roda).

5. Gimnasium.

- Penjarakan fizikal satu hingga tiga meter (aktiviti statik) dan tiga hingga lima meter (aktiviti dinamik).

- Hanya 30 peratus individu yang dbenarkan berada di dalam premis.

- Jarak susunan peralatan sekurang-kurangnya dua meter.

- Peralatan yang dikongsi dibersihkan dan dinyahkuman selepas setiap kali penggunaan.

- Kelas latihan berkumpulan tidak dibenarkan.

- Penggunaan bilik persalinan dan bilik mandi adalah dilarang.

6. Golf.

- Penggunaan satu buggy untuk seorang sahaja.

- Pemakaian pelitup muka dan sarung tangan oleh kedi sepanjang masa.

- Driving range dibenarkan dengan mematuhi protokol pengurusan.

- Dilarang berkongsi peralatan golf.

- Penggunaan bilik persalinan atau bilik mandi adalah dilarang.

- Pastikan tidak bersalaman dan bersentuhan serta kurangkan interaksi sosial.

- Kemudahan club house adalah tidak dibenarkan.

7. Penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial seperti pusat kecergasan/gimnasium, dewan badminton/gelanggang tenis/ ping pong/ sepak takraw, padang hoki/ bola sepak/ futsal/ bola keranjang, pusat litar permotoran dan padang golf hendaklah secara penjadualan dan tempahan

8. Bagaimanapun, semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi yang melibatkan sentuhan masih lagi tidak dibenarkan.

9. SOP terperinci boleh merujuk laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

10. Institut memandu dan pusat latihan penerbangan dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 8.30 malam.

11. Aktiviti dan operasi memancing melibatkan kolam pancing, houseboat, pelantar pancing (kelong), rumah rakit, bot memancing dengan SOP ketat. Waktu operasi dari 8 pagi hingga 10 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain