suria

i-Sinar beri harapan ketika masa sukar, kelonggaran bakal manfaatkan lebih ramai ahli

Orang ramai beratur untuk menyerahkan permohonan i-Sinar. Foto: Azhar Mahfof/The Star

KEMUDAHAN skim i-Sinar akan dilonggarkan lagi untuk memberi lebih banyak ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pilihan untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 untuk memenuhi keperluan hidup mereka, kata sumber.

Menurutnya, kriteria bagi pengurangan pendapatan keseluruhan 30 peratus agak terhad memandangkan perintah kawalan pergerakan yang ada dan pengaruhnya terhadap ekonomi dan masyarakat umum.

"Kita boleh melonggarkan syarat sedikit lagi," kata satu sumber sambil menambah bahawa syarat baru akan segera diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: KWSP perbaiki masalah teknikal, gesa pemohon i-Sinar semak semula status

ARTIKEL BERKAITAN: i-Sinar: Kebaikan dan keburukan mengeluarkan wang KWSP dari Akaun 1

Pada masa ini, ahli yang memohon untuk mengeluarkan simpanan melalui program i-Sinar perlu memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada dua kriteria.

Di bawah kategori pertama kemudahan i-Sinar yang diumumkan Disember lalu, ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020, layak untuk mengeluarkan simpanan mereka.

Kelayakan kategori kedua adalah ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum, di mana mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30 peratus dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Di bawah kategori kedua, pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti.

Diumumkan bahawa ahli yang layak dengan RM100,000 dan ke bawah boleh mengeluarkan jumlah sehingga RM10,000 dengan pembayaran berperingkat selama tempoh maksimum enam bulan. Bayaran pertama ialahsebanyal RM5,000.

Ahli dengan lebih daripada RM100,000 boleh mengeluarkan maksimum 10 peratus simpanan mereka di Akaun 1 atau sehingga RM60,000, mana yang lebih rendah. Dalam kategori tersebut, pembayaran dilakukan berperingkat selama maksimum enam bulan dan pembayaran pertama adalah hingga RM10,000.

Program i-Sinar merangkumi kira-kira lapan juta ahli yang pencarumnya terjejas tetapi dengan kriteria yang diberi kelonggaran, diharapkan lebih banyak ahli mendapat manfaatnya.

Pada ketika negara sedang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia menyebabkan lebih banyak tekanan terhadap ekonomi, dan menyaksikan negara akan kehilangan RM700 juta setiap hari.

Dengan perniagaan di bawah tekanan dan pengangguran meningkat pada bulan Disember lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk.

Justeru, sumber tersebut mengatakan adalah penting bagi ahli mempunyai pilihan untuk menggunakan simpanan KWSP mereka ketika situasi getir.

Kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun 2020, kadar tertinggi dicatatkan sejak tahun 1993 ketika berada pada tahap 4.1 peratus.

Pada suku keempat 2020, terdapat 533,700 orang yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu kerana situasi pekerjaan makin teruk atau pekerjaan yang tidak mencukupi, berbanding dengan angka suku ketiga 403,800 orang.

Pengangguran dijangka meningkat pada bulan Januari, oleh itu terdapat keperluan untuk memberi ahli lebih banyak kelonggaran untuk mengeluarkan simpanan persaraan mereka.

Dengan kelonggaran sekatan PKP dan lebih banyak premis perniagaan dibenarkan dibuka, diharapkan keadaan ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan pekerjaan.

Majlis Pekerjaan Negara (NEC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga salah satu inisiatif kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baharu walaupun terdapat tekanan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

NEC bertujuan untuk mencari jalan, bukan hanya untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan, tetapi juga untuk membantu mereka yang tidak mempunyai pekerjaan atau pendapatan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

i-Sinar, pemohon, kategori layak, KWSP

Artikel Lain