SEKUMPULAN 20 individu yang dilihat menerusi satu video sambutan Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar, Ampang diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, video tersebut yang tular, menunjukkan kira-kira 20 individu didakwa menikmati makanan 'Yee Sang' di kawasan berkenaan. "Kita percaya kumpulan itu berkumpul di Bukit Ketumbar pada waktu pagi. "Kita sedang menyiasat perkara itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad, yang merujuk kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Sehubungan itu, Farouk menggesa mereka yang dilihat dalam video itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya secepat mungkin untuk membantu siasatan. "Kami menggesa masyarakat untuk tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Matlamat utama kita adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. "Oleh itu, kita berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama sepenuhnya," tambah beliau. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!