suria

Wanita pandu lawan arus akibatkan nahas empat kenderaan, termasuk sebuah motosikal

Tindakan seorang wanita memandu kereta melawan arus menyebabkan kemalangan dengan tiga buah kenderaan lain. - (Kredit pembaca)/ Sinar Harian

SEORANG wanita memandu kereta melawan arus di Jalan Perusahaan di Butterworth, Pulau Pinang mengakibatkan kemalangan empat kenderaan, membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 6.20 petang Ahad di persimpangan Jalan Perusahaan di Prai.

"Siasatan awal menunjukkan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 31 tahun secara meawan arus di Jalan Perusahaan.

"Kemalangan berlaku apabila pemandu berkenaan melanggar sebuah motosikal dan merempuh dua kereta dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shafee berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 petang dan anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

Tambah beliau, seorang penunggang motosikal berusia 31 tahun mengalami kecederaan di kaki, sementara seorang lelaki berusia 26 tahun yang memandu salah sebuah kereta mengalami sakit dada.

"Wanita yang memandu melawan arus itu luka di kaki sementara seorang pemandu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain