suria

Abdul Hadi dibenar keluar IJN

Abdul Hadi sudah dibenarkan keluar IJN pada Jumaat.

DATUK Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang pada Jumaat selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Presiden Pas itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas pada Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas, Hadi Awang dikejarkan ke hospital

Menerusi ciapan di Twitter, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih dan terhutang budi kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN di atas kecekapan dan profesionalisme yang tinggi serta semua yang mendoakan kesihatannya.

Hadi berkata dia turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara khususnya berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang menerima rawatan.

Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira jam 7.50 malam Isnin lalu kerana mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan pada jam 9.50 malam.

Sementara itu anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil dalam kenyataan di Facebook mengesahkan bapanya stabil ketika dirawat di IJN. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain