PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia pada Jumaat. Menurut Muhyiddin, inisiatif itu merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara termasuk Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030). Katanya, MyDigital menetapkan gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030. "Menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia secara maya. Ia juga dijangka membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital dan mengalakkan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menggunakan e-dagang. Inisiatif itu juga akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baru dalam sektor digital sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!