suria

RON97, RON95 naik 4 sen seliter... harga runcit diesel kekal

Harga arga baharu seliter bagi RON97 adalah RM2.30 manakala RON95 RM2 seliter. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter, manakala diesel kekal RM2.15 sen seliter bagi tempoh 20 Februari sehingga 26 Februari 2021.

Menurut Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 adalah RM2.30 manakala RON95 RM2 seliter.

Infografik harga RON95, RON97 dan diesel bermula 20 Februari 2021.

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain