suria

Covid-19: Dibawa warga asing, kes varian Nigeria dikesan di Malaysia

Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.

SELAIN jangkitan tempatan, kes import jangkitan luar negara turut menyumbang kepada angka harian Covid-19 di negara ini.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan penemuan dua kes pertama individu yang dijangkiti varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525 di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama Interpol pantau penjualan vaksin secara online, orang ramai dinasihat berwaspada - “Ada yang tiruan di pasaran”

Perkara itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook pada Jumaat.

Ujar Dr Noor Hisham, kedua-dua kes melibatkan warganegara asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT PCR.

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.

"Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut.

"Ini termasuk mutasi "spike protein" E484K, Q677H, F888L dan rangkaian “protein deletions” serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

"Mutasi "spike protein" E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun," tulisnya di Facebook.

Kata Dr Noor Hisham lagi, varian Nigeria dikenali sebagai B.1.525 itu pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) dan Nigeria pada Disember 2020.

Tambahnya, varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.

KKM melalui IMR dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumkan masyarakat umum dari semasa ke semasa."

"Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain